ARTIKEL

RAKAM KENANGAN… Anwar (lima kanan) bersama Abang Johari (empat kiri) merakam kenangan bersama Dr Dzulkefly Ahmad (empat kanan) Fadhlina (tiga kiri) dan barisan kenamaan lain selepas menyantuni rakyat di Baazar Ramadan Desa Ilmu.

PM luang masa bersama rakyat di Bazar Ramadan Desa Ilmu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meluangkan masa menyantuni rakyat di Bazar Ramadan Desa Ilmu di sini petang tadi jelas menceriakan rata-rata pengunjung dan peniaga di bazar berkenaan.

Beliau yang tiba sekitar pukul 5.24 petang bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sempat meluangkan masa selama 15 minit melawat gerai-gerai sambil beramah mesra dengan penjual serta pengunjung bazar.

Selain itu, beliau turut kelihatan membeli beberapa juadah berbuka seperti kuih muih, air tebu, sotong bakar, dan lain-lain daripada peniaga di bazar berkenaan.

Sementara itu, ketibaan pemimpin numbor satu Malaysia itu bersama Premier Sarawak disambut oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN), Datuk Idris Buang, Ahli Parlimen (MP) Sadong Jaya, Rodiyah Sapiee, dan barisan kenamaan lain.

Turut mengiringinya semasa menyantuni rakyat di bazaar tersebut adalah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap MP Samarahan, Datuk Rubiah Wang serta Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Selepas itu, Anwar turut menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Masjid Al-Mutaqqin dan dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur (KL) pada jam 8.20 malam ini.

Terdahulu, Anwar selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini dalam lawatan kerja rasmi sehari ke Sarawak menggunakan pesawat khas pada jam 2.05 petang.

MENYANTUNI… Anwar berkesempatan menyantuni peniaga di bazar tersebut.
MENYANTUNI… Anwar berkesempatan menyantuni peniaga di bazar tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU