Trending

PM Modi guna Bharat bagi plak nama G20

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
India's Prime Minister Narendra Modi looks on during at the start of the second working session of the G20 Leaders' Summit at the Bharat Mandapam in New Delhi on September 9, 2023. (Photo by Ludovic MARIN / POOL / AFP)

NEW DELHI: Plak nama tuan rumah G20 Perdana Menteri, Narendra Modi memaparkan perkataan ‘Bharat’ gelaran Sanskrit atau Hindi bagi negara Asia Selatan itu, bukannya India semasa beliau merasmikan sidang kemuncak G-20 di New Delhi pada Sabtu.

“Bharat mengalu-alukan rombongan delegasi sebagai Presiden G20,” lapor Agensi Anadolu memetik Modi sebagai berkata dalam bahasa Hindi. Kedua-dua istilah, ‘Bharat’ dan ‘India,’ digunakan secara rasmi dalam negara dengan populasi sekitar 1.4 bilion orang.

Bagaimanapun, kontroversi tercetus berkenaan isu itu minggu ini apabila jemputan makan malam untuk sidang kemuncak Kumpulan 20 merujuk Droupadi Murmu sebagai ‘Presiden Bharat’ dan bukannya Presiden India.

Tindakan itu mencetuskan perdebatan umum berkenaan perkataan yang sepatutnya dipanggil bagi negara itu.

Pembangkang juga memberi amaran supaya tidak menukar nama negara, mendakwa penggunaan Bharat adalah tindak balas kepada pembentukan Perikatan Inklusif Pembangunan Nasional India, atau pakatan INDIA.

Pada Julai, pemimpin daripada 26 parti pembangkang India membentuk pakatan untuk menggulingkan Modi dalam pilihan raya umum 2024. – Bernama-Anadolu

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru