PM Muhyiddin tertarik dengan pelan pembangunan Sarawak

KUCHING: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kagum dengan rancangan 10 tahun pembangunan Sarawak.

Menurutnya, rancangan Sarawak menuju status negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030 amat rapi. “Saya kagum dengan hala tuju yang dirangka Kerajaan Sarawak jika politik negara stabil, semua masalah dapat ditangani dengan baik.

Ketua Menteri pada Selasa memberi bayangan mengenai pendirian Kerajaan Sarawak terhadap hubungannya dengan Kerajaan Persekutuan dalam mengembalikan haknya sebagaimana ditetapkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Dan, pada pertemuan dengan Muhyiddin semalam, Abang Johari sekali lagi memberi keyakinan bahawa beliau mendapat sokongan penuh GPS.

Terdahulu, Abang Johari menggesa penjawat awam persekutuan dan negeri terus bekerjasama sebagai satu pasukan di Sarawak.

“Banyak sumbangan yang diberi penjawat awam di Sarawak yang menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi di negeri ini. “Penjawat awam persekutuan dan negeri masing-masingnya bekerja keras dalam mentransformasikan Malaysia serta Sarawak.

“Maka Kerajaan Sarawak memberi apa sahaja bantuan yang terdaya agar negeri ini mempunyai penjawat awam yang cekap,” jelasnya.

Beliau memberitahu, Sarawak menyasarkan beberapa perkara dalam mentranformasikan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup rakyat menjelang 2030.

“Sasaran untuk 2030 mungkin perkara yang dilihat sukar untuk dilaksanakan. “Namun dengan kerjasama penjawat awam negeri dan persekutuan, kita akan dapat mencapai sumber yang kita ada,” ujarnya.

Terdahulu, Muhyiddin bersama-sama isteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) semalam bagi mengadakan lawatan kerja dua hari di Sarawak. untuk tempoh 10 tahun akan datang.

“Di peringkat persekutuan, saya akan memberi sokongan penuh kepada Sarawak. “Saya tidak ingat kali terakhir saya berada di sini, tetapi mungkin semasa pemerintahan lama. “Saya tidak membayangkan saya akan datang ke sini lagi sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan khas bersama-sama penjawat awam di sebuah hotel terkemuka di sini pada Khamis.

Tambah Muhyiddin, Sarawak merupakan negeri yang kaya dengan sumber alam semula jadi. “Dengan kekayaan sumber yang ada, Sarawak berusaha untuk menempatkan diri di peringkat global apabila turut memberi manfaat kepada Malaysia.

“Saya tertarik dengan beberapa perkara yang diketengahkan dalam memacu pembangunan Sarawak seperti keselamatan makanan,” jelasnya.

Tegasnya, keselamatan makanan penting terutamanya ketika dunia dilanda pandemik Covid-19. “Keduanya ialah infrastruktur seperti Lebuh Raya Pan Borneo, jalan utama dan jalan ke kawasan pedalaman.

“Saya melihat infrastruktur fizikal dan digital bergerak seiring dalam usaha memajukan Sarawak,” ujarnya. Beliau memberitahu, komitmen Kerajaan Persekutuan bersama-sama merealisasikan aspirasi nasional dan negeri tercapai.

Hadir sama barisan kabinet negeri Sarawak.

Suara Sarawak