ARTIKEL

PM seru pengundi Melayu undi parti wakili Kerajaan Perpaduan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERMATANG PAUH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pengundi di Pulau Pinang khususnya pengundi Melayu akan mengundi parti yang mewakili Kerajaan Perpaduan di negeri ini dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Anwar berkata beliau berharap kawan-kawan (pengundi-pengundi) di Pulau Pinang akan pulih dari terbawa-bawa dengan sentimen ketika Pilihan Raya Umum ke-15 lepas dan sokong Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri.

“Saya harap kawan-kawan Pulau Pinang, maklumlah, kadang-kadang terbawa-bawa sikit sentimen pada masa itu…dapat pulih balik dan kita nak Kerajaan Pulau Pinang ini (selari) Kerajaan Perpaduan…supaya kita boleh sama-sama dengan Kerajaan Perpaduan Persekutuan dan kita boleh bangunkan nasib orang Melayu Pulau Pinang,” katanya ketika berucap merasmikan program Qurban Perdana di sini semalam.

Anwar berkata, enam bulan lepas, beliau telah menghidupkan Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang bagi mempertahankan nasib orang Melayu di negeri ini.

“Ini adalah untuk bantu kerajaan negeri dan Persekutuan, supaya orang Melayu tidak terasa tersisih,” katanya.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan Perpaduan telah membuktikan keikhlasan untuk membantu orang Melayu dengan menandatangani satu perjanjian melibatkan Jaminan Kerajaan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk menstruktur semula pinjaman agensi itu melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan Felda.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan Rabu lepas memaklumkan sebahagian besar penstrukturan semula pinjaman Felda itu akan melibatkan pengurangan prinsipal hutang Felda bersama institusi kewangan sebanyak RM7.9 bilion.

Penstrukturan semula pinjaman itu akan mengurangkan kos kewangan Felda terhadap kadar faedah yang dikenakan serta membolehkannya memberi pemansuhan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion, menurut MoF.

“Dua hari lepas, saya baru menandatangani perjanjian untuk pemansuhan 80 peratus hutang Felda yang mempunyai 95 peratus peneroka Melayu,” katanya.

Anwar berkata hutang Felda yang begitu tinggi adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan agensi itu dan bukan salah peneroka.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keyakinan beliau terhadap kerusi tradisi keluarganya di kawasan Permatang Pauh, Anwar menjawab “Insya-Allah, kami akan menang.”

Anwar juga berkata, beliau tidak boleh menerima naratif gelombang hijau yang menggunakan isu agama dan bangsa untuk mendapat undi.

“Ada pihak yang sebut, siapa yang tidak bersetuju dengan parti dia, dialah musuh Allah. Ini tidak betul, saya bersama dengan Pakatan Harapan dan UMNO akan terus mempertahankan bangsa dan agama,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.