Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

PM setuju Sarawak tubuh syarikat penerbangan butik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Anwar (dua kanan) dan Abang Johari (kanan) melakukan simbolik perasmian Hotel Raia, sebentar tadi sambil disaksikan Othman serta tetamu kehormat lain.

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan inisiatif Kerajaan Sarawak untuk menubuhkan syarikat penerbangan butik.

Beliau berkata akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat jemaah menteri yang akan dipengerusikannya pada Rabu nanti.

“Petang Rabu ini saya akan beri jawapan rasmi sebagai pengerusi mesyuarat jemaah menteri dan insyaallah setuju dengan mudah.

“Secara dasarnya, saya rasa tidak ada sebab kita tidak boleh bersetuju kerana telah dibuktikan dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah membuat beberapa rundingan dengan syarikat penerbangan meminta dikurangkan kos,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hotel Raia dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Asnaf dan Anak Yatim di Hotel Raia di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berharap agar Perdana Menteri dapat meluluskan syarikat penerbangan butik milik Kerajaan Sarawak.

Terdahulu, Abang Johari dalam ucapan berharap agar Perdana Menteri meluluskan syarikat penerbangan milik Kerajaan Sarawak itu, yang penubuhannya bagi mengatasi harga tambang penerbangan ke Sarawak yang sangat mahal.

Baca lain  Kapten Terence mendarat di landasan baharu

Hadir sama Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Pengerusi UJ Property Management Sdn Bhd Dato Othman Semail.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru

Penyamai ulat bulu

AFRIKA SELATAN: Siku injinir kimia ba Afrika Selatan mujur tetemu

Ketam pintar nyaru

CANBERRA: Sebansa ketam baru diberi nama Lamarck dromia beagle nyelai