ARTIKEL

PM Thailand berdepan pilihan raya sukar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha berdepan cabaran sukar untuk memenangi penggal baharu, mengatakan negara itu memerlukan pemimpin berpengalaman.

Kenyataan itu dibuat ketika calon mula mendaftar untuk pilihan raya umum bulan depan.

Bekas ketua tentera itu, yang berkuasa dalam rampasan kuasa pada 2014, menghadapi cabaran sengit daripada pembangkang diketuai oleh Paetongtarn Shinawatra, anak perempuan jutawan bekas PM Thaksin Shinawatra.

Prayut, 69, tiba menaiki trak terbuka bersama bakal calon ahli parlimen dan disambut dengan soraka oleh penyokong partinya United Thai Nation di dewan sukan Bangkok.

Thailand memerlukan pemimpin yang tahu cara menjalankan tugasnya. Jika mereka tidak pernah mentadbir negara, mereka tidak boleh melakukannya,” kata Prayut ketika bercakkap kepada Thairath TV.

Rakyat Thailand akan keluar mengundi pada 14 Mei dalam pilihan raya pertama sejak negara itu digegarkan oleh protes prodemokrasi yang diketuai oleh golongan muda pada 2020.

Tinjauan semasa menunjukkan bahawa Prayut dan partinya ketinggalan di belakang Pheu Thai pimpinan Paetongtarn dan Parti Move Forward yang proreformasi yang diketuai oleh Pita Limjaroenrat.

Di bawah pentadbiran Prayut, negara bergelut untuk memulihkan ekonomi yang terjejas kesan daripada Covid-19.

Thailand adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara, selain Myanmar yang dilanda rampasan kuasa, yang masih belum mencatatkan penulihan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ke tahap sebelum pandemik, menurut Bank Dunia.

Sementara tinjauan menunjukkan sokongan terhadap parti pembangkang semakin meningkat, perlembagaan Thailand yang dirangka junta pada 2017 memberi kelebihan besar kepada parti pilihan tentera dalam membentuk kerajaan.

Untuk menjadi perdana menteri, calon mesti mendapat sokongan majoriti daripada 500 ahli parlimen yang dipilih serta 250 senator lantikan tentera.

Parti Pheu Thai berkata, ia menyasarkan untuk menang besar dalam pilihan raya itu untuk menghalang pertubuhan tentera daripada menyekat laluannya seperti yang berlaku pada 2019, apabila ia memenangi kebanyakan kerusi tetapi dihalang daripada menjadi kerajaan.

Paetongtarn, yang hamil lapan bulan, datang untuk menyokong calon-calon Pheu Thai semasa mereka mendaftar. Perlembagaan 2017 tidak mewajibkan perdana menteri daripada ahli parlimen yang dipilih.

Jika berjaya, Paetongtarn akan menjadi perdana menteri mengikuti jejak bapa dan ibu saudaranya Yingluck, yang digulingkan oleh Prayut pada 2014.

BERITA LAIN

Thailand serah surat rasmi sertai BRICS

BANGKOK: Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan

BERITA TERBARU

Saingan satu lawan satu di PRK Sungai Bakap

NIBONG TEBAL: Seberang Perai, Pulau Pinang: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan