ARTIKEL

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin.

PM Thailand disahkan positif COVID-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK, Thailand: Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, mengesahkan semalam bahawa beliau positif COVID-19.

Srettha mengumumkan di akaun rasmi X miliknya bahawa beliau akan mengambil cuti sakit disebabkan diagnosis itu.

“Saya berasa tidak sihat sejak minggu lepas dan mengalami demam ringan, jadi saya memutuskan untuk menjalani ujian demi ketenangan fikiran.

“Saya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul kepada rakan sekerja dan pelanggan yang telah berhubung rapat dengan saya baru-baru ini,” katanya di sini.

Srettha memberi jaminan bahawa beliau akan pulih dan kembali bekerja secepat mungkin.

Menurut akaun X beliau, Srettha telah melawat Hua Hin, termasuk stesen kereta api dan lapangan terbangnya, pada hujung minggu lepas. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP