ARTIKEL

Thailand Prime Minister Srettha Thavisin prays at the Government House shrine before the first official cabinet meeting at Government House in Bangkok on September 6, 2023. (Photo by Lillian SUWANRUMPHA / AFP)

PM Thailand ucap takziah, tawar bantuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Maghribi berikutan gempa bumi kuat 6.8 magnitud yang melanda kawasan terpencil pergunungan High Atlas, mengorbankan lebih 2,000 orang dan menyebabkan ramai kehilangan tempat tinggal.

Perdana menteri turut mengesahkan kesediaan Kerajaan Thailand untuk memberikan bantuan jika diperlukan.

Dalam satu kenyataan, Srettha turut mengarahkan Kementerian Luar negara itu agar segera membantu rakyat Thailand yang tinggal di kawasan terjejas gempa bumi dan sentiasa memaklumkannya berkenaan situasi itu.

Gempa bumi dahsyat, mengakibatkan paling banyak kematian dalam beberapa dekad, melanda banjaran gunung High Atlas sejurus selepas 11 malam waktu tempatan pada Jumaat pada kedalaman yang agak cetek 18.5 kilometer, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gempa terletak kira-kira 70 kilometer barat daya Marrakesh, bandar keempat terbesar di negara Afrika Utara dan juga destinasi pelancongan yang popular.

Selepas gempa bumi kuat itu, Maghribi pada Sabtu mengisytiharkan selama tiga hari berkabung di seluruh negara dan bendera dikibarkan separuh tiang di semua kemudahan awam sepanjang tempoh tersebut. – Bernama

BERITA LAIN

Sukan Olimpik cipta peluang pekerjaan

PARIS: Sukan Olimpik Paris menetapkan piawaian baharu dan meningkatkan piawaian antarabangsa sedia ada dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)

BERITA TERBARU

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.