ARTIKEL

PM ucap Selamat Hari Wesak kepada penganut Buddha

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di negara ini.

Anwar dalam catatan menerusi Facebooknya berkata Hari Wesak ialah hari besar buat kalangan penganut Buddha bagi memperingati tiga peristiwa penting melalui satu perayaan (Trisuci Wesak).

Katanya, perayaan itu bertujuan memperingati lahirnya pendiri atau pengasas ajaran Buddha yakni Siddharta Gautama, yang mencapai Penerangan Agung pada umur 35 tahun dan kemudian meninggal dunia pada usia 80 tahun.

 “Penganut Buddha percaya bahawa untuk mencapai kebahagiaan tingkat tinggi atau Nirvana adalah dengan melawan dan membenam sikap keserakahan, kebencian dan kejahatan. Inilah falsafah yang sangat universal yang boleh diteladani dengan cermat. 

“Sengaja saya singkap falsafah Hari Wesak sebagai usaha dan upaya memupuk kasih sayang, kemuliaan insan, prinsip hidup berdamping, hormat-menghormati dan hidup dalam keadaan aman dan berukun,” menurut Anwar.

Beliau berkata pelbagai perayaan dan budaya di Malaysia sepatutnya memberi keinsafan kepada seluruh rakyat supaya ia terus membawa mesej kasih sayang dan keamanan bersama persefahaman yang utuh sebagai jalan menghindari kebinasaan dan kepunahan tata hidup masyarakat majmuk di negara ini. — BERNAMA

BERITA LAIN

Kembar berbakat besar mahu harumkan nama Sarawak

KUCHING: Kembar berbakat besar kebanggaan Sarawak, Aleysha Shareef dan Ryan Zachary Shareef, 11 tahun, berlepas ke Kuala Lumpur, dan seterusnya ke Long Beach, California, Amerika

Warga emas ditemui lemas di Tasik Biru

MELAKA: Seorang lelaki warga emas yang dipercayai mengalami kemurungan ditemukan lemas di Tasik Biru, Chin Chin, Jasin malam ini. Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan

Pilih taska berdaftar, pentingkan keselamatan

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dinasihatkan untuk memilih taska yang berdaftar bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak mereka. Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar

BERITA TERBARU

Kembar berbakat besar mahu harumkan nama Sarawak

KUCHING: Kembar berbakat besar kebanggaan Sarawak, Aleysha Shareef dan Ryan Zachary Shareef, 11 tahun, berlepas ke Kuala Lumpur, dan seterusnya ke Long Beach, California, Amerika

Teknik eratkan hubungan keluarga

SIKAP SEDERHANA keluarga adalah suatu cara hidup yang mendasarkan diri pada prinsip kesederhanaan, kecukupan dan keutamaan dalam setiap aspek. Pendekatan ini dapat mengeratkan hubungan ahli