ARTIKEL

Jumaat Ibrahim (duduk empat dari kiri) merakam gambar bersama-sama peserta.

PMNS komited perkasa pembangunan sukan muaythai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan muaythai di negeri ini.

Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan Program Mari Mencuba Sukan Muaythai di Dewan Serbaguna Kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Bintulu pagi tadi.

Program tersebut disertai 500 peserta terdiri daripada murid berumur 8 tahun dari sekolah sekitar bandar Bintulu dianjur bagi menambah kemeriahan suasana sempena berlangsungnya Kejohanan Muaythai Piala Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg 2024 yang berlangsung Naim Street Mall Bintulu Paragon.

Presiden PMNS, Haji Jumaat Ibrahim menegaskan, program dilihat mampu memberi pendedahan awal kepada peserta terhadap sukan Muaythai.

“Sambutan begitu hebat apabila 500 peserta mengikuti program berkenaan.

“Pihak kita (PMNS) ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan penganjuran program itu,” jelas Jumaat ketika berucap ringkas pada majlis berkenaan.

Beliau percaya melalui pendedahan awal ini secara tidak langsung dapat menyemai minat dalam kalangan peserta ke atas sukan tempur jarak dekat itu.

Dalam pada itu, Jumaat juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) atas sokongan diberikan kepada pihak PMNS untuk pengelolaan program dan kejohanan berprestij itu.

BERITA LAIN

Malaysia langkah kanan, tuai dua pingat gangsa

PETALING JAYA: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 dengan langkah positif selepas menuai dua pingat gangsa pada hari pertama saingan yang berlangsung

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual