ARTIKEL

RAKAM KENANGAN…Peserta Liga Hoki Mukah 2026 merakam kenangan selepas kejohanan tersebut.

PMU, SK Datuk Awang Udin 1 ungguli kejohanan hoki di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Politeknik Mukah (PMU) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Awang Udin 1 masing-masing mengungguli dua kategori pada Kejohanan Liga Hoki Mukah 2026 yang berlangsung di SK Datuk Awang Udin, di sini, baru-baru ini.

PMU muncul juara bagi kategori Lelaki Terbuka dan Perempuan Terbuka, manakala SK Datuk Awang Udin 1 menguasai kategori Lelaki Bawah 12 Tahun dan Perempuan Bawah 12 Tahun.

Kejohanan itu menghimpunkan 18 pasukan yang terdiri daripada murid sekolah sekitar Mukah, warga PMU dan orang awam, dengan penyertaan keseluruhan 126 pemain serta 36 pegawai.

Sehubungan itu, Liga Hoki Mukah 2026 dianjurkan bersama oleh Kelab Hoki SK Datuk Awang Udin dan Persatuan Hoki Bahagian Mukah dengan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine.

Kejohanan berkenaan bertujuan memupuk minat terhadap sukan hoki, mencungkil bakat baharu serta memberi peluang kepada pemain untuk mengasah kemahiran dan meningkatkan prestasi masing-masing.

Penganjuran itu turut menjadi platform menghimpunkan semula bekas pemain yang pernah aktif di peringkat sekolah, sekali gus menggalakkan penglibatan berterusan dalam sukan berkenaan.

Selain menggalakkan persaingan sihat antara pasukan, kejohanan itu juga mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan, komuniti setempat dan peminat hoki di Bahagian Mukah.

Justeru, penganjuran kejohanan itu diharap dapat memperkukuh pembangunan hoki di peringkat akar umbi serta melahirkan lebih ramai pemain berbakat di Mukah dan Sarawak.

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga