ARTIKEL

Foto: BERNAMA

PNB sahkan penggabungan UMW, Sime Darby bagi kukuhkan sektor automotif domestik, serantau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengesahkan cadangan penggabungan UMW Holdings Bhd (UMW Group) dan Sime Darby Bhd, iaitu syarikat multinasional Malaysia dalam sektor perindustrian dan permotoran yang beroperasi di rantau Asia Pasifik.

Sime Darby telah memeterai perjanjian pembelian saham bersyarat dengan PNB bagi memperoleh 61.2 peratus pegangan dalam UMW Group. Kedua-dua syarikat itu adalah sebahagian daripada syarikat-syarikat strategik PNB yang stabil.

“Penggabungan dua syarikat peneraju dalam industri automotif itu dipacu oleh peluang untuk mengukuhkan kehadiran di pasaran tempatan dan serantau dalam sektor automotif sambil memberi rangsangan kepada agenda elektrifikasi, yang dijangka memacu pertumbuhan dalam pelaburan, meningkatkan kecekapan dan mencipta nilai untuk pemegang unit kami,” kata syarikat pengurusan dana itu dalam satu kenyataan.

Ia berkata langkah strategik itu juga adalah sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, yang akan menyokong pertumbuhan seterusnya sektor automotif terutama dalam meletakkan negara sebagai hab automotif di rantau ini.

Terdahulu, Sime Darby mengumumkan yang ia akan membeli 61.2 peratus kepentingan dalam UMW Holdings Bhd daripada PNB pada harga tunai RM3.57 bilion, untuk meningkatkan dan mengukuhkan lagi kehadirannya dalam sektor automotif Malaysia.

Pembelian itu, merupakan salah satu daripada perjanjian penggabungan dan pemerolehan terbesar di Malaysia, akan mengubah Sime Darby secara strategik menjadi pemain automotif terkemuka di negara ini dengan penambahan jenama pasaran massa dengan volum tinggi iaitu menerusi Toyota dan Perodua, yang menguasai sehingga 60 peratus daripada jumlah industri automotif domestik. – BERNAMA

BERITA LAIN

Bursa Malaysia diniagakan tidak berubah pada dagangan awal

KUALA LUMPUR: Aktiviti pengambilan untung yang sederhana mengehadkan kenaikan Bursa Malaysia pada pagi ini selepas aktiviti pembelian saham semalam.  Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.08 mata

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup