ARTIKEL

Poge bersara selepas 39 tahun bersama PDRM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BAU: Setelah 39 tahun menabur bakti bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon bersara wajib pada hari ini.

Beliau yang berasal dari Kampung Sungai Riset mula menyertai PDRM pada 8 Jun 1984 sebagai pegawai rendah polis selama 13 tahun dan kemudiaanya menjalani kursus sebagai pegawai kanan polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur tahun pada tahun 1997.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah terlibat dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste dan Sudan serta misi mencari dan menyelamat helikopter terhempas di Bukit Tiban, Uleh Baleh, Kapit pada tahun 2005.

SELAMAT BERSARA…Dortty menyuap kek kepada Poge yang bersara wajib hari ini. Turut kelihatan, Mancha dan pegawai kanan PDRM Sarawak.

Selain itu, Poge juga pernah berkhidmat dalam beberapa cawangan dan jabatan dalam PDRM sehinggalah menjadi Ketua Polis Daerah Bau bermula 30 Oktober 2018.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada pimpinan PDRM Sarawak serta semua warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau atas sokongan dan bantuan diberikan.

Di samping itu, beliau berharap hubungan silaturahim yang terjalin bersama warga IPD Bau sebelum ini tetap berterusan dan terjalin erat.

TERIMA KASIH….Poge (kiri) menerima cenderahati daripada Mancha pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Bau, di IPD Bau, di sini hari ini.

“Akhir kata, selamat maju jaya dalam apa jua lapangan. Semoga PDRM terus relevan dan cemerlang, seterusnya menyumbang kepada ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Bau di IPD Bau, di sini hari ini.

Majlis penyerahan tugas antara Poge kepada Pemangku Ketua Polis Daerah Bau, Asisten Superintendan Jugah Aleng disaksikan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata.

Majlis yang sama turut menyaksikan penyerahan tugas Pengerusi Perkep IPD Bau antara Dortty Gamon kepada Timbalan Pengerusi Perkep IPD Bau Uteh Talok yang disaksikan oleh Timbalan Pengerusi Perkep Kontinjen Sarawak Datin Jennita William.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU