ARTIKEL

Pokok Asoka penghias taman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pokok Asoka atau nama saintifiknya Polyalthia longifolia var.

Pendula dipercayai berasal dari selatan India dan Sri Lanka.  

Ia juga dinamakan mast tree, false asoka dan weeping mast, manakala gelaran Asoka ialah sempena nama seorang Maharaja yang bermaksud “penakluk”.

Pokok Asoka dianggap suci terutama di India, Nepal dan Sri Lanka. 

Pokok ini kerap dikaitkan dengan cerita rakyat, agama dan sastera di rantau ini.

Ia memiliki batang yang lurus, boleh mencapai ketinggian sehingga 15 meter dan silaranya berbentuk tirus di atas.

Dahannya pula kecil dan berjuntai.   

Pokok ini biasanya ditanam rapat kerana selain mencantikkan kawasan ia juga berupaya menghalang tiupan angin kencang. 

Ia amat sesuai ditanam sebagai pokok hiasan terutama di pekarangan bangunan dan taman kerana ia mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Bunganya berbau harum dan tumbuh dalam jambak yang terkeluar daripada dahannya. 

Warna bunga bertukar hijau gelap sebelum layu dan gugur. 

Bunga ini menghasilkan buah berbentuk bulat atau lonjong bulat berwarna hijau juga berjambak. 

Buah Asoka biasanya agak sukar dilihat sepintas lalu kerana dilindungi rimbunan daun. 

Batang Asola diproses sebagai kayu untuk menghasilkan perabot, kayu mancis, pensil dan kotak kayu.

BERITA LAIN

Buang stigma masyarakat

“MENERUSI program ini, ia boleh memberi kepercayaan kepada ibu bapa. “Jadi, kepada mereka yang mempunyai anak autisme, jangan risau, sentiasa ada caranya untuk menangani mereka,”

Berenang terapi autisme

PENGANJURAN FESTIVAL RENANG AUTISME (MASF) 2024 disifatkan mampu mengubah stigma masyarakat terhadap kanak-kanak autistik. Ia mendedahkan golongan ini kepada persekitaran luar serta mencungkil bakat terpendam

Lagu UiTM mendunia

TULAR di media sosial apabila beberapa video di aplikasi TikTok melihatkan graduan luar negara yang menggunakan lagu Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai isi kandungan. Video

Isteri bahagia keluarga harmoni

ISTERI bahagia penting dalam konteks keharmonian keluarga dan peranan wanita. Isteri bahagia merujuk kepada keadaan wanita tersebut berasa puas dan gembira dengan kehidupan perkahwinannya serta

BERITA TERBARU