Trending

Pokok kelat paya tanaman landskap

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

POKOK kelat paya merupakan spesies tumbuhan dalam famili Myrtaceae yang berasal dari Asia Tropika.

Ia juga dikenali sebagai eugenia myrtifolia, eugenia oleina, eugenia sinubanensis, syzygium campanulatum, kelat minyak dan red Lip.

Pokok renek ini biasanya ditanam untuk tujuan hiasan mengindahkan persekitaraan.

Dahan pokok ini amat keras, memiliki banyak cabang dan sukar patah walaupun ditiup angin kencang.

Daunnya yang merimbun dan padat sesuai dijadikan tanaman pagar atau deretan tanaman yang sangat cantik.

Daunnya juga mempunyai beberapa peringkat warna iaitu warna hijau muda, hijau tua dan ungu kemerahan sekali gus menjadikan ia cantik dan menarik.

Pokok ini boleh tumbuh setinggi 2 hingga 20 meter dan jarang menghasilkan bunga serta buah.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru