ARTIKEL

Donald Tusk. - Foto: EPA-EFE

Poland belanja AS$2.5 bilion tingkat keselamatan sempadan dengan Rusia, Belarus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL, Turkiye: Perdana Menteri Poland, Donald Tusk, mengumumkan bahawa negaranya akan melabur AS$2.5 bilion (RM11.73 bilion) untuk memperkukuh keselamatan di sepanjang sempadannya dengan Rusia dan Belarus, lapor Agensi Anadolu yang memetik agensi berita negara PAP.

Tusk berkata rancangan bagi projek ‘Shield-East’ bertujuan untuk memperkuat pos kawalan tentera dan membina kubu pertahanan di sepanjang sempadan.

“Kami telah memutuskan untuk memperuntukkan PLN10 bilion bagi meningkatkan keselamatan kami dan, yang paling penting, memastikan sempadan timur yang selamat.

“Kami sedang melaksanakan projek besar untuk membina sempadan yang diperkukuh supaya ia tidak dapat dilalui oleh mana-mana musuh yang berpotensi,” katanya.

Pengumuman ini dibuat selepas kerajaan terdahulu membina tembok di sepanjang sempadan Belarus, yang menelan belanja AS$400 juta (RM1.88 bilion), untuk membendung kemasukan pendatang haram semasa perang Rusia-Ukraine.

Tusk menuduh Belarus meningkatkan “perang hibrid” dengan Barat dengan menggalakkan migrasi haram ke Kesatuan Eropah melalui Poland. – BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual