ARTIKEL

Polis aktifkan Pusat Sehenti Jemaah Haji Terkandas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaktifkan Pusat Sehenti Jemaah Haji Terkandas di Ibu Pejabat Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula hari ini bagi membantu kes jemaah haji terkandas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata sebanyak 40 pegawai dan anggota daripada pasukan khas memulakan tugas selama 11 hari, beroperasi dari 8 pagi dan tamat pada 12 tengah malam, 21 Jun.

“Pasukan ini akan memberi kemudahan kepada jemaah haji yang terkandas sama ada terkandas di KLIA sebelum berlepas ke Arab Saudi mahupun jemaah haji yang terkandas di Arab Saudi dan tidak dapat mengerjakan haji.

“Mereka ini akan menerima laporan daripada jemaah haji terlibat, mengenal pasti kesalahan telah berlaku mengikut lunas undang-undang, selain menyalurkan semua laporan kepada agensi yang terbabit supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya pada sidang media di pejabat JSJK di sini hari ini.

Ramli berkata pihaknya turut mendapat kerjasama Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Bagaimanapun, Ramli berkata setakat ini pihaknya belum menerima laporan mengenai jemaah haji yang terkandas di KLIA.

Sementara itu, Ramli berkata statistik jenayah komersial mencatatkan peningkatan tiga peratus iaitu 14,051 kes dalam tempoh enam bulan tahun ini berbanding 13,695 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata nilai kerugian juga menunjukkan trend sama dengan peningkatan sebanyak 32 peratus iaitu RM959,041,692 berbanding tahun lepas yang mencatatkan nilai kerugian sebanyak RM728,846,238.

“Purata 92 kes jenayah komersial dicatatkan sehari. Peningkatan jumlah kes ini bagaimanapun dapat ditangani sewajarnya oleh jabatan ini melalui kadar pertuduhan lebih baik berbanding 2023.

“Ini dapat dilihat melalui sejumlah 6,531 kertas siasatan telah dituduh sehingga minggu ke-22 tahun ini dan jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding 5,643 kertas siasatan yang dituduh bagi tempoh sama 2023,” katanya.

Beliau berkata trend peningkatan kes dan nilai kerugian ini merupakan satu petanda bahawa usaha lebih giat perlu dilaksanakan untuk membanteras kegiatan jenayah komersial.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan