ARTIKEL

Foto IPD Bau

Polis Bau tahan lelaki curi zink aluminium

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun ditahan oleh pihak polis di Kampung Skiat Baru, Bau pada 27 September bagi membantu siasatan kes kecurian lima keping zink aluminium dari sebuah rumah kebun.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman menjelaskan bahawa kes tersebut dilaporkan pada 24 September selepas pemilik rumah kebun mendapati harta bendanya hilang.

Menurut beliau, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Bau telah melakukan risikan sebelum berjaya menahan suspek yang dipercayai bertindak sendirian dengan menjual barangan curi tersebut di sebuah kedai barang lusuh di kawasan Tasik Biru.

Susulan maklumat daripada suspek, pihak polis telah merampas semula lima keping zink aluminium serta satu resit jualan di sebuah premis di Kampung Tasik Biru pada semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan pihak polis sedang menyiasat kemungkinan suspek terlibat dalam kes lain yang mempunyai modus operandi yang sama seperti dilapor TVS.

BERITA LAIN

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,