ARTIKEL

SIDANG MEDIA... Ahsmon Bajah menunjuk gambar hasil tangkapan jenayah curi kenderaan yang berjaya ditangkap dalam Ops Lejang Khas di Kuching. (GAMBAR OLEH GHAZALI BUJANG)

Polis berjaya jejaki 20 kenderaan curi dalam tempoh sebulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Kuching berhasil menjejaki 20 buah kenderaan pelbagai jenis disyaki kenderaan curi bernilai kira-kira RM146,400.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kesemua kenderaan terbabit berjaya dikesan hasil Ops Khas Lejang dan Cantas dijalani 17 pegawai dan 167 anggota polis dalam tempoh sebulan sehingga 4 September tahun ini.

Tegasnya, operasi bersama pasukan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dengan menubuhkan 10 pasukan khas itu dijalankan bagi memburu dan menangkap suspek disyaki aktif terlibat dalam kes kecurian kenderaan.

“21 suspek berjaya ditangkap, modus operandi mereka ialah menyasarkan hari tertentu iaitu pada Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk melakukan kecurian kenderaan khasnya di kawasan Kuching.

“Mereka (suspek) juga membuat kajian seperti polis dengan aktif melakukan kecurian pada jam 6 hingga 11 pagi kemudian pada 12 tengah malam hingga jam 5 pagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Ops Khas Lejang dan Cantas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, hari ini.

Tambah Ahsmon, hasil siasatan mendapati suspek menyasarkan kenderaan lama yang mempunyai alat penggera keselamatan tidak berfungsi atau kenderaan yang ditempatkan di lokasi sunyi dan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

Hasil tangkapan tersebut katanya, IPD Kuching berjaya menurunkan peratusan kes sebanyak 25 peratus bersamaan lapan kes berbanding tempoh sama statistik kes tahun lalu.

Beliau dalam pada itu menzahirkan penghargaan kepada masyarakat atas kerjasama menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kes kepada pihak polis.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rose Blackpink sertai The Black Label

PENYANYI KOREA, Rose Blackpink menandatangani kontrak pengurusan dengan The Black Label, diketuai oleh penerbit Teddy. “Kami menandatangani kontrak pengurusan dengan artis Rose. “Penerbit Teddy dan

Pentas peragaan sentuhan Syafiq Kay

AKSI, kecekapan dan keanggunan pentas peragaan penting untuk menyerlahkan ratu cantik. Jurulatih pentas peragaan Sarawak, Shafi k Kay menyertai bidang peragaan dan kecantikan ratu cantik