ARTIKEL

Polis berjaya sita 50 motosikal, bendung samseng jalanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BALIK PULAU: Polis menyita sebanyak 50 motosikal dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas, di sini awal pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata operasi tiga jam bermula 2 pagi itu bagi membendung samseng jalanan dan membanteras kegiatan mat rempit.


Beliau berkata operasi itu dijalankan oleh dua pegawai dan 18 anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Barat Daya bersama seorang pegawai dan 14 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang.


“Sebanyak 50 buah motosikal telah disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1986 dan sebuah motosikal dirampas serta disiasat di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1986 kerana memalsukan nombor pendaftaran.


“Dalam operasi itu, pihak polis turut mengeluarkan sebanyak 144 saman kerana pelbagai kesalahan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Operasi itu juga katanya bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan dan kenderaan mereka mengikut spesifikasi ditetapkan.


“Pihak polis bersama JPJ akan menjalankan operasi seperti itu dari semasa ke semasa bagi mencegah kegiatan samseng jalanan yang sering mengganggu ketenteraman awam dan berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya.- BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Planetarium Negara sambut 30 Tahun Jubli Mutiara

KUCHING: Sambutan 30 tahun Jubli Mutiara Planetarium Negara sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Bulan Februari 2024 dirasmikan oleh Timbalan Menteri

BERITA TERBARU