ARTIKEL

Polis berjaya tahan tiga lelaki terbabit kes pemerasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kes pemerasan dan melarikan seorang perunding hutang pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata suspek yang berusia 30 hingga 40 tahun itu ditahan pada 1.20 pagi semalam di sekitar Puncak Alam, Shah Alam, selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa pekerjanya dipukul serta dilarikan oleh beberapa individu.

“Lelaki itu memaklumkan pekerjanya berusia lingkungan 20-an berjumpa seorang wanita berkaitan pembayaran hutang milik syarikatnya, namun mangsa telah dipukul dan dilarikan beberapa individu selain wang tunai RM2,000 miliknya turut diambil suspek.

“Suspek turut menghubungi lelaki itu (pengadu) supaya menyerahkan wang RM7,000 jika mahu mangsa dilepaskan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Hafiz berkata susulan penahanan itu, polis menemukan semula mangsa yang ditahan suspek serta merampas sebuah kereta jenis Honda, dua telefon bimbit dan sekeping kad bank.

Menurutnya siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai empat rekod lampau termasuk satu kesalahan narkotik.
“Kesemua suspek direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 385 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA