Trending

Polis berkas empat penyamun sasar warga emas

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Empat lelaki tempatan disyaki suspek kumpulan samun dan ragut warga emas berjaya diberkas polis pada Selasa.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kesemua suspek masing-masing berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan di lokasi berasingan di Daerah Padawan dan Kuching.

“Kesemua tangkapan merupakan warga tempatan dan hasil siasatan awal mendapati mereka mempunyai rekod kesalahan jenayah samun, curi dalam bangunan, curi kenderaan dan juga dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut dirampas katanya, sebuah motosikal disyaki kenderaan curi, sembilan buah telefon bimbit pelbagai jenama, empat buah kad bank dan 11 bilah senjata tajam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan(KK), 380 KK dan 379A KK.

“Kesemua suspek ditahan reman selama tiga hari bagi tujuan siasatan lanjut,” ujarnya.

Menurutnya lagi, modus operandi kumpulan ini adalah menyasarkan warga emas sebagai mangsa pada waktu awal pagi.

“Kumpulan ini bergiat aktif di Daerah Kuching, Kota Samarahan dan Padawan.

“Hasil tangkapan tersebut, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 11 kes samun ragut, dua kes curi dalam bangunan, dan satu kes curi motosikal,” tambahnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru