ARTIKEL

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun yang berlaku di sekitar bandar raya ini. 

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata lelaki warga tempatan berusia 39 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan. 

“Dengan tertangkapnya suspek ini kita telah berjaya menyelesaikan 20 kes samun di mesin ATM sekitar bandar raya Ipoh sejak Januari tahun lepas. 

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan pertuduhan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Yahaya berkata suspek aktif melakukan jenayah samun secara sendirian dan menyasarkan pelanggan yang sedang mengeluarkan wang di ATM.  

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan meningkatkan keselamatan diri khususnya ketika mengeluarkan wang daripada mesin ATM. 

— BERNAMA

BERITA LAIN

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU