ARTIKEL

Polis Bintulu selesaikan lima kes curi kabel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Polis berjaya menyelesaikan lima kes curi kabel dengan tertangkapnya dua lelaki warga asing, pada Ahad lalu di sebuah kedai runcit tempat pembuangan sampah, Jalan Tanjung Kidurong di sini.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendent Zulkipli Suhaili berkata kedua – dua suspek berumur 27 dan 34 tahun itu ditahan sepasukan polis Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu, kira- kira jam 7.30 malam.

Hasil soalsiasat polis, katanya, ke sebuah kedai runcit dan merampas seguni kabel seberat 23 kilogram(kg) dipercayai hasil daripada aktiviti curi kabel di sekitar daerah Bintulu.

Kini, suspek ditahan reman sehingga 10 Februari depan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali dan boleh juga dikenakan sebat.

Saspek turut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan semasa tangkapan

Dalam pada itu, Zulkipli turut memberitahu pihak polis juga giat memburu saki baki saspek yang masih bebas untuk membantu siasatan.

Pihak polis juga giat memburu saki baki saspek yang masih bebas untuk membantu siasatan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan