ARTIKEL

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain bercakap ketika sidang media hari ini. Foto Bernama

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata gabungan kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai Geng TR itu terdiri daripada Geng 08, Geng 18, Geng 21, Geng 24 dan Geng 36 yang dikesan bergiat aktif sejak 2019.

Beliau berkata berdasarkan siasatan gabungan kumpulan itu terlibat dengan pelbagai jenayah antaranya pengedaran dadah, pemerasan, pembunuhan dan kianat dengan api.

Pada 3 Mei lepas, beliau berkata polis melancarkan Ops Lima di Selangor, Johor serta Pahang dan menahan 18 ahli gabungan kumpulan jenayah itu berusia antara 26 dan 51 tahun mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

“Polis juga mengenal pasti tiga individu lain yang sedang menjalani reman di Penjara Sungai Buloh, Selangor disyaki menganggotai gabungan kumpulan jenayah yang sama.

“Pagi ini, 20 daripadanya akan didakwa di Mahkamah Sesyen Klang mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang manakala seorang lagi tidak dapat didakwa kerana sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Shuhaily berkata polis akan terus menjalankan operasi menangkap ahli kumpulan jenayah terancang dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan berkenaan.– BERNAMA

BERITA LAIN

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual