HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Polis buru 34 individu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah menunjukkan maklumat mengenai 34 individu yang dikehendaki pada sidang media di IPD Kuching, di sini hari ini.

KUCHING: Polis sedang memburu 34 individu yang dikehendaki berhubung pelbagai kes jenayah komersial sejak 2006.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata mereka terdiri daripada 29 lelaki dan lima wanita, kesemuanya warga tempatan berumur antara 26 dan 52 tahun.

“Kesemua 34 individu terbabit dikehendaki bagi menyelesaikan kes-kes yang sedang disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching,” katanya pada sidang media di IPD Kuching di sini, hari ini.

Menurutnya, daripada kesemua individu terbabit, enam daripadanya melakukan kesalahan pecah amanah yang disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara lebih 10 tahun.

Manakala, Ahsmon berkata 28 orang terlibat dengan kes penipuan seperti Macau Scam, Love Scam, pembelian dalam talian dan pinjaman tidak wujud.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun.

“Daripada 28 orang terbabit, lima orang terlibat dalam Love Scam, Macau Scam (4 orang) dan pinjaman tidak wujud (3 orang).

“Baki 16 orang lagi terlibat dalam pelbagai penipuan seperti cek tendang, menjual tanah, menyalahgunakan nama persatuan untuk derma, pelaburan dan proses permohonan visa,” katanya.

Ahsmon menambah daripada kesemua 34 kes penipuan itu, jumlah kerugian yang dialami mangsa berjumlah RM2.3 juta.

Justeru, beliau menyeru orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan yang boleh membantu penangkapan mereka.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah menunjukkan maklumat mengenai 34 individu yang dikehendaki pada sidang media di IPD Kuching, di sini hari ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru