ARTIKEL

Polis buru empat lelaki bertopeng rompak kedai emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis memburu empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun menggunakan senjata api membabitkan sebuah kedai emas di pusat beli-belah di Kajang dekat sini petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintenden Mohamad Nasir Drahman berkata siasatan awal mendapati suspek yang memakai topeng dan berpakaian seperti pengawal keselamatan serta bersarung tangan masuk ke premis itu yang terletak di tingkat satu pada 3.17 petang.

“Suspek bertindak memecahkan cermin kaca tempat simpanan emas menggunakan tukul besi sebelum mengambil barang kemas.

“Suspek turut dipercayai membawa dua pucuk pistol serta selaras senapang dan semasa kejadian, suspek telah melepaskan satu das tembakan ke arah dinding premis sebelum melarikan diri melalui tempat letak kenderaan di bawah bangunan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata jumlah kerugian masih disiasat dan pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup selain mengambil keterangan saksi untuk siasatan selanjutnya di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat).

Mohamad Nasir juga berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat iaitu ASP Mohd Afiq Farhan Mohd Nor di talian 012-244 6768.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya