ARTIKEL

Gambar suspek yang dikongsikan oleh mangsa di Facebook.

Polis buru lelaki curi wang OKU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Polis sedang memburu lelaki yang disyaki mengeluarkan sejumlah wang milik seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dari bank tanpa pengetahuan mangsa.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata mangsa, 55, tampil membuat laporan polis pada 28 Mac lalu selepas mendapati sejumlah wangnya dari akaun bank hilang, dipercayai diambil oleh suspek.

“Mangsa memaklumkan pada 19 Februari lalu, dia telah dibawa oleh seorang lelaki yang dikenali ke sebuah bank di Kota Sentosa dan membuat pengeluaran wang dari akaun mangsa, dengan jumlah pengeluaran tanpa pengetahuan mangsa,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek untuk menyalurkan terus kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Padawan, ASP Prisca di talian 019-8897640.

Sementara itu, satu perkongsian yang dimuat naik oleh mangsa menerusi akaun Facebooknya tular apabila mendakwa wang simpanannya berjumlah RM124,719. 33 telah hilang dari akaun banknya termasuk akaun bank anaknya yang juga OKU (Down Syndrome), dipercayai diambil oleh suspek yang juga saudaranya isterinya.

Menurut mangsa yang menjadi OKU akibat kemalangan pada awal 2020, suspek telah mencuri wang simpanan di akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) anaknya sebanyak RM36,719. 33 pada 9 Mei 2023.

Manakala pada 19 dan 28 Februari 2024, katanya suspek mengambil wangnya di akaun Public Bank melalui kaunter sebanyak RM48,000 dan RM40,000.

“Ini selepas ‘you’ (suspek) membawa saya ke Rehab Hospital Kuching. Kau tanya saya mahu ambil wang menggunakan Kad Pengenalan, di kaunter saya disuruh ‘print’ jari.

“Kau berpura – pura menyuruh saya masuk ke dalam kereta kononnya saya tidak tahan duduk dan berdiri di dalam Public Bank dan tidak tahan ‘aircond’. Saya dibawa masuk ke dalam kereta.

“Saya mahu keluarkan RM2,000 tetapi sebaliknya di kaunter kau keluarkan RM40,000. Sesudah selesai licik kau, kau bagi saya RM2, 000. Kau mengambil RM38,000,” katanya sambil menambah selepas seminggu baru dia menyedari telah ditipu oleh suspek.

Menjelas lanjut, mangsa berkata dia dan isteri mempercayai suspek bagi menghantarnya berjumpa doktor di Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk janji temu, termasuk membawa anak lelaki istimewa mereka ke PPDK atas dasar kerana suspek ikhlas hendak menolong mereka.

Mangsa berkata, kesemua wangnya itu adalah daripada pampasan insurans dan KWSP miliknya, termasuk wang bantuan yang diberikan kepadanya.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan