Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Polis buru lelaki samun guna senapang patah di Kampung Segong

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Senapang patah dan peluru yang ditinggalkan suspek ketika melarikan diri setelah cuba melakukan samun di di Kampung Segong, Bau malam tadi.
Senapang patah dan peluru yang ditinggalkan suspek ketika melarikan diri setelah cuba melakukan samun di di Kampung Segong, Bau malam tadi.

BAU: Polis sedang memburu seorang lelaki yang melakukan samun bersenjata di Kampung Segong, di sini.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.10 malam tadi, suspek yang bersenjatakan senapang patah buatan sendiri telah cuba menyamun seorang lelaki berusia 25 tahun di sebuah rumah.

Motosikal mangsa yang hilang.

“Semasa mangsa sedang berada di rumahnya, tiba-tiba seorang lelaki tidak dikenali telah masuk ke dalam rumah dan terus mengacukan selaras senapang patah ke dada mangsa untuk meminta duit menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.

“Akibat pergelutan, suspek telah terjatuh manakala mangsa melarikan diri ke rumah saudaranya untuk meminta tolong,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Poge menambah suspek seterusnya dilihat melarikan diri ke arah jalan raya dan menahan serta mengacukan senapang patah kepada seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal sehingga menyebabkannya hilang kawalan.

Katanya lelaki berusia 28 tahun itu kemudian berlari menyelamatkan diri dan suspek mengambil motosikalnya untuk melarikan diri.

Poge berkata polis turut menjumpai selaras senapang patah dipercayai buatan sendiri dan sebutir peluru 12 bore yang ditinggalkan suspek di tepi jalan.

Susulan itu, katanya satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak telah digerakkan bagi mengesan suspek,” katanya.

Poge berkata orang ramai juga diminta membantu mengesan motosikal mangsa jenis Yamaha Y15 berwarna kelabu, nombor pendaftaran QCK 4219.

Katanya jika ada menjumpai motosikal mangsa boleh menghubungi Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Bau, ASP Francis di talian 012-7100711.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News