Trending

Polis buru lelaki warga Indonesia samun, cederakan lelaki warga emas

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Polis sedang memburu lelaki warga Indonesia yang disyaki menyamun dan mencederakan seorang lelaki warga emas di sebuah kedai makan di Jalan Petanak, pada 26 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata suspek berusia dalam lingkungan 20-an dikenali sebagai Rizal.

“Orang ramai dialu-alukan untuk tampil memberi kerjasama jika mempunyai maklumat mengenai suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Elvin Manjan di talian 012-8989877 atau menghubungi balai polis yang berhampiran.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.15 malam itu, suspek telah memukul mangsa di dalam tandas sebuah kedai makan.

Video mengenai kejadian turut tular di media sosial.

Mangsa yang dalam berusia dalam lingkungan 60-an kemudian dihantar oleh orang awam ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan kerana mengalami kecederaan di kepala.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru