ARTIKEL

Polis buru lelaki yang disyaki intip wanita dalam tandas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Polis kini mengesan seorang lelaki yang didakwa merakam gambar atau mengambil video seorang wanita di tandas sebuah pusat beli-belah di sini Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner, Mohd Zaidi Abdullah pihaknya menerima laporan yang mengaibkan kehormatan pada Rabu.

“Pada hari kejadian jam 8.40 malam pengadu menyedari ada individu tidak dikenali sedang memegang telefon bimbit di bawah pintu tandas dan disyaki merakam gambar atau video.

Semakan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an, berbaju hitam, berseluar coklat, bermisai serta berjanggut nipis selain memakai selipar.

Mohd Zaidi berkata, orang ramai yang m mempunyai maklumat berkenaan lelaki dalam rakaman CCTV tersebut mohon menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Wan Azman Mat Salleh di talian 012-8260050 bagi membantu siasatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU