Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah mengalu-alukan orang ramai untuk tampil memberi kerjasama jika mempunyai maklumat berkenaan dua individu (gambar) suspek kes di bawah seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (samun).
Jika mempunyai maklumat berkenaan, orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Elvin Manjan di talian 012-8989877 atau Pusat Kawalan IPD Kuching (082-244444).