ARTIKEL

Polis cari James Joe Wellfreed

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PADAWAN: Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan sedang giat mengesan James Joe Wellfreed bagi membantu menyelesaikan satu kes penipuan yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata James berusia 41 tahun, beralamat di No.41 Lot 1089, Jalan Swasta Estet Perindustrian Pending, Kuching.

“Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan penama tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Hisyam Mohd Shah di talian 014-6662855 atau Pegawai Risikan/Operasi Inspektor Awang Rezdly Awang Morni di talian 011-10712999,” katanya dalam kenyataan.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU