HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Polis cari lelaki tunggang motosikal secara melulu dan lakukan provokasi 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Polis sedang mengesan seorang lelaki menunggang  motosikal secara melulu dan melakukan provokasi kepada pengguna jalan raya di Jalan Tabuan Tranquility pada Sabtu.

KUCHING: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang menunggang secara melulu dan melakukan provokasi kepada pengguna jalan raya di Jalan Tabuan Tranquility, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3.10 dan dirakam dalam video berdurasi 2.59 minit daripada Facebook orang awam.

Katanya, video tersebut memaparkan sebuah motosikal nombor pendaftaran QAB649B yang ditunggang lelaki tersebut dan tidak memakai topi keledar.

“Lelaki tersebut telah menunggang secara melulu serta melawan arus dan melakukan provokasi kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahsmon berkata, pihaknya setakat ini belum menerima laporan polis berkaitan video tersebut.

Sehubungan itu, beliau memohon orang ramai menyalurkan maklumat berkenaan penunggang motosikal tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru

Zii Jia kembali ke BAM?

PERSOALAN sama ada perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, kembali ke