ARTIKEL

Salah seorang suspek ragut yang berjaya ditahan orang awam.

Polis cari seorang lagi suspek ragut wanita di Taman Desa Wira

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang turut terlibat meragut seorang wanita di Taman Desa Wira di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.54 pagi, mangsa berusia lewat 50-an yang sedang berjalan kaki telah didatangi dua orang lelaki berumur lingkungan 20-an yang menaiki motosikal berwarna merah lalu bertindak meragut beg sandang milik mangsa.

Katanya, mangsa berusaha mempertahankan begnya daripada dilarikan oleh peragut yang dihentikan oleh sebuah kenderaan orang awam.

“Sebuah kenderaan dipandu oleh orang awam telah memberhentikan kenderaannya di hadapan motosikal suspek dan telah berjaya menahan salah seorang suspek bersama sebuah motosikal.

“Walau bagaimanapun, salah seorang lagi suspek berjaya melarikan diri,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa mengalami kecederaan ringan akibat kejadian tersebut.

Jaw Shyong berkata, suspek akan ditahan reman di Mahkamah Kuching esok untuk membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan semasa melakukan samun ragut.

“Jika disabit kesalahan, boleh dihukum pemenjaraan selama tempoh 20 tahun dan dengan sebatan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Jaw Shyong mengucapkan terima kasih di atas tindakan orang awam berkenaan dan mengalu-alukan apa jua bentuk maklumat yang dapat membantu pihak polis.

BERITA LAIN

Usahawan dibantu melalui pembiayaan perniagaan

BINTULU: Kerajaan MADANI sentiasa komited membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya saing dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.

BERITA TERBARU

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

Usahawan dibantu melalui pembiayaan perniagaan

BINTULU: Kerajaan MADANI sentiasa komited membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya saing dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.