ARTIKEL

Polis cari suspek kes amang seksual di Simanggang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Pihak polis giat mengesan suspek berusia 38 tahun dipercayai terlibat kes amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan enam tahun.

Ketua Polis Daerah Sri Aman Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, ia susulan pihaknya menerima laporan tentang kanak-kanak berusia enam tahun menjadi mangsa amang seksual pada 10 April lalu.

“Bagaimanapun, suspek telah melarikan diri selepas kejadian hitam itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sehubungan itu, polis giat menjalankan usaha mengesan dan menangkap suspek yang kini dalam senarai individu dikehendaki.

“Polis menggesa mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat lanjut mengenai kes tersebut diminta berhubung dengan Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Suzy Andrew Baie (011-14037375) atau datang ke balai polis berhampiran,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Hasil semakan, suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA