ARTIKEL

JAWAB SOALAN… Ashmon menjawab soalan daripada pemberita. Photo Aliff Noni.

Polis cari tiga lagi suspek kes pukul pengawal keselamatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis kini menjejaki tiga lagi suspek yang terlibat dalam kes pukul seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Batu Lintang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu dan berjaya menahan dua suspek dalam tempoh kurang dari 24 jam.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan setakat ini, seramai lima suspek terlibat dalam kes ini.

“Kita berjaya menahan dua suspek, manakala tiga lagi dijejaki,” katanya kepada pemberita selepas melakukan Program Walkabout Kepolisan Komuniti di Lebuh India di sini, petang tadi.

TANGKAP LAYAR… Tangkap layar video pengawal keselamatan di sekolah tersebut yang dibelasah oleh empat suspek.

Tambah Ahsmon, hasil penahanan awal dua suspek itu merupakan salah satu kejayaan pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching berdasarkan maklumat diterima daripada orang ramai.

Pada masa yang sama, beliau memberi jaminan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana kesalahan jenayah yang berlaku di sekitar bandar raya Kuching.

“Kita perlu kekalkan kehidupan masyarakat majmuk yang aman dan damai di Sarawak. Kitaa ada undang-undang dan jangan mengambil sebarang tindakan secara melulu,” katanya.

Dalam video berdurasi empat minit sembilan saat yang tular di Facebook tersebut memaparkan empat lelaki bertindak membelasah seorang pegawal keselamatan di sekolah berkenaan.

Turut kelihatan, dua individu yang berada di dalam pondok yang sama, lari menyelamatkan diri sementara pengawal keselamatan terbabit dibelasah oleh keempat-empat suspek.

BERITA LAIN

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

BERITA TERBARU