ARTIKEL

Polis cedera dilanggar lari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

IPOH: Seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas rondaan, cedera setelah dilanggar lari sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor, jam 7.30 malam tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata anggota polis berusia 34 tahun itu, bersama seorang lagi anggota yang sedang membuat rondaan cegah jenayah dengan menaiki motosikal, telah menghampiri sebuah kereta jenis Proton Iriz biru dalam keadaan mencurigakan di jalan tersebut.

“Pemandu kereta (suspek) telah bertindak mengundurkan kenderaan dan terus melanggar motosikal mangsa, yang menyebabkan mangsa jatuh.

“Setelah melanggar mangsa, suspek menggerakkan kereta ke hadapan dan mengundur sekali lagi sehingga melanggar mangsa kali kedua dan memecut kereta meninggalkan tempat kejadian menghala ke Tanah Hitam,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Yusri berkata akibat pelanggaran itu, mangsa telah mengalami kecederaan dan tidak dapat bergerak dan pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami patah tulang rusuk dan tulang bahu.

Beliau berkata kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Mohd Yusri berkata pihaknya sedang giat mengesan pemandu kereta tersebut dan orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis Ipoh ASP Norazuna Rais Ahmad, di talian 013-6282176 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU