ARTIKEL

Polis dari Saratok parah kemalangan di Perak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Seorang anggota polis yang berasal dari Saratok cedera parah apabila kenderaan dinaikinya bersama-sama beberapa individu lain terlibat dalam kemalangan jalan raya Tapah Perak awal pagi ini.

Mangsa Mohamad Azib Morni Anai, 23 merupakan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di IPD Tapah cedera parah apabila trak pikap dinaikinya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di KM 315.8 Lebuh Raya Utara Selatan.

Catatan abangnya yang dimuat naik dalam Facebook dengan nama Mohd. Nazeri Morni dipetik berkata, ahli keluarga mengesahkan mangsa masih belum sedarkan diri.

“Ayah, ibu serta isteri mangsa Emma Ellfima Ibrahim yang berasal dari Kampung Gerigat berlepas ke Semenanjung ke petang ini selepas mendapat tahu tragedi yang menimpa Azib,” katanya.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail dalam kenyataannya hari ini berkata, Mohamad Azib duduk di bahagian belakang bersama-sama seorang rakan dikenali sebagai Mohamad Noor Yassin Basharuddin, 30 tahun – juga cedera parah.

“Nahas itu juga menyebabkan Ketua Armada Bersatu Tanjung Malim, Luth Ishak, 34, yang duduk di bahagian hadapan penumpang meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala pemandu lori, Mohd Yusuf Dichroos Abdullah, 56, patah kaki kiri dan pemandu trak pikap Muhamad Aslam Abd Kudus 26, hanya cedera ringan,” katanya.

Kemalangan yang berlaku jam 6.15 pagi dipercayai berlaku apabila lori yang dalam perjalanan ke arah selatan menukar haluan dari lorong kanan ke lorong kiri.

“Lori berkenaan dilanggar pada bahagian kanan belakang oleh trak pikap yang berada di lorong kiri,” katanya.

Menurutnya, kenderaan yang terlibat dibawa ke IPD Tapah untuk dihantar ke Puspakom Gopeng dan kes disiasat di bawah Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Ribuan penyokong banjiri Stadium Taha Ariffin

KUCHING: Ribuan penyokong mula membanjiri Stadium Taha Ariffin (STA) seawal jam 5 petang bagi menyaksikan Kuching City FC memburu tiket ke separuh akhir Piala FA

Bintulu tundukkan ATM 1-0

SPL 2026 KUCHING: Juara bertahan, Bintulu membawa bekalan tipis ke aksi suku akhir kedua Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) selepas menewaskan ATM 1-0 di