ARTIKEL

Supt Hasan Majid (empat kanan) menunjukkan gambar suspek dan dadah yang berjaya dirampas oleh PGA di Pos Pemeriksaan Darat (RCP) Sapi Nangoh ketika mengadakan sidang media berkaitan tangkapan dan rampasan dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran hari ini. - Foto: BERNAMA

Polis gagalkan cubaan seludup 4kg syabu dari Tawau ke Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELURAN, Sabah: Polis berjaya menggagalkan cubaan dua lelaki untuk menyeludup masuk dadah jenis syabu seberat 4.072 kilogram dari Tawau ke Sarawak apabila anggota Pasukan Gerakan Am menahan sebuah kereta di Road Check Point (RCP) Sapi Nangoh di sini pada Jumaat lepas (14 Jun).

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt Hasan Majid berkata, dalam kejadian 11 pagi itu, seorang daripada dua suspek bertindak meloloskan diri dengan memecut laju kereta Proton Saga Kelabu bernombor pendaftaran SYR7763, manakala rakannya berusia 43 tahun berjaya ditahan.

“Polis sedang memburu suspek dikenali sebagai Justin Vau Langat, 27, beralamat di Long Nahan Baram, Sarawak, yang turut mempunyai rekod berkaitan Akta Dadah Berbahaya 1952 di Negeri Sembilan.

“Hasil siasatan, suspek datang ke sini untuk ambil barang (syabu) dan bawa balik ke Sarawak untuk pasaran di sana,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasan berkata sewaktu kejadian, anggota bertugas menahan kereta Proton Saga dinaiki kedua-dua suspek, dan sewaktu pemeriksaan, seorang suspek menemani anggota bertugas sebelum menemukan sebuah plastik berwarna hitam.

“Tiba-tiba suspek (Justin Vau) bertindak memecut kenderaan menuju ke Jalan Telupid-Ranau.

“Pemeriksaan lanjut ke dalam plastik hitam itu menemukan satu plastik oren berisi empat bungkusan plastik merah teh Cina.

“Setiap plastik teh berkenaan pula mengandungi bungkusan berisi bahan hablur disyaki syabu. Kesemua dadah itu bernilai RM130,304,” katanya.

Hassan berkata suspek yang ditahan didapati positif dadah serta memiliki dua rekod jenayah berkaitan dadah dan kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Solahuddin Mohamad, di talian 019-9810144 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran di 089-5111222. – BERNAMA

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya