ARTIKEL

Insiden berkenaan mencetuskan 'operasi besar' di daerah St Pauli, Hamburg, Jerman. - Foto: AFP

Polis Hamburg tembak lelaki bersenjatakan tukul besi semasa perarakan penyokong bola sepak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW, Rusia: Polis melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki bersenjatakan tukul besi semasa perarakan peminat bola sepak Belanda di Hamburg, Jerman semalam, menurut laporan media Jerman yang dipetik Sputnik.

Kejadian berlaku apabila lelaki itu mengasari pegawai polis pada 12.30 tengah malam waktu tempatan (10:30 GMT), menjelang perlawanan peringkat kumpulan Euro 2024 antara Belanda dan Poland, lapor akhbar Bild.

Menurut laporan itu, pegawai polis pada awalnya menggunakan semburan lada terhadap penyerang dan kemudian melepaskan tembakan.

Lelaki itu rebah selepas beberapa tembakan dilepaskan, menurut akhbar berkenaan. Dia kini sedang menerima rawatan di hospital dan keadaannya stabil.

Motifnya masih belum diketahui, lapor Bild. – BERNAMA-SPUTNIK

BERITA LAIN

Jangan tuduh sembarangan – Tan Kai

PADAWAN: Masalah dinding longkang runtuh di Jalan Dusun Utara, Lorong 1 dilaporkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 1 Julai lalu, tegas Tan Kai. Pengerusi

BERITA TERBARU