ARTIKEL

POLIS INDONESIA BONGKAR 318 KES JUDI DALAM TALIAN, TAHAN 464 SUSPEK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Polis Indonesia telah membongkar 318 kes perjudian dalam talian dan menahan 464 suspek dalam satu operasi besar-besaran sejak tiga bulan lepas, kata seorang pegawai kanan polis.

Operasi yang dijalankan oleh Pasukan Khas Pembanterasan Perjudian Dalam Talian Jabatan Siasatan Jenayah itu berlangsung antara 23 April hingga 17 Jun, menurut ketuanya, Pesuruhjaya Wahyu Widada.

“Kami telah merampas sejumlah besar bukti, termasuk wang tunai sebanyak 67.5 bilion rupiah (US$4.6 juta), 494 telefon bimbit, 36 komputer riba, 257 akaun bank, 98 akaun perjudian dalam talian dan 296 kad ATM,” kata Wahyu dalam satu sidang media.

Beliau menegaskan bahawa bilangan kaki judi dalam talian di republik itu telah mencecah 2.37 juta, termasuk kanak-kanak.

“Semalam, dilaporkan 80,000 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun terlibat. Situasi ini amat membimbangkan,” katanya.

Wahyu menyatakan bahawa kebanyakan transaksi perjudian dalam talian adalah kecil – selalunya di bawah 100,000 rupiah (US$6.80) – tetapi bilangan peserta adalah ramai.

Operasi itu merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan yang lebih luas untuk melindungi orang ramai daripada kesan buruk perjudian dalam talian.

BERNAMA

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

BERITA TERBARU