ARTIKEL

Datuk Mancha Ata

Polis jalankan Operasi Lancar sempena Hari Gawai Dayak ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis Sarawak bakal menjalankan Operasi Lancar sempena sambutan Perayaan Hari Gawai Dayak 2024 bermula 30 Mei hingga 4 Jun depan di seluruh kawasan di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, seramai 400 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan terlibat sepanjang operasi diadakan kelak.

“Ia bagi menentukan keselamatan pengguna jalan raya dan memastikan kelancaran aliran trafik dikawal serta diselaras dengan efektif.

“Tumpuan operasi adalah di Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Bandaran terutamanya di kawasan kerap berlaku kemalangan dan lokasi-lokasi strategik yang sering berlaku kesesakan lalu-lintas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mancha, operasi ini bertujuan memastikan kelancaran lalu lintas serta aliran trafik dikawal terutama pada waktu puncak serta menentukan tindakan undang-undang kepada pesalah trafik.

Katanya, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi peraturan lalulintas serta mematuhi arahan daripada anggota penguatkuasa yang bertugas sepanjang tempoh musim perayaan ini.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pengguna jalanraya yang didapati melanggar dan tidak mematuhi peraturan lalu-lintas.

“Sentiasa utamakan keselamatan dir serta keselamatan keluarga dan ingat orang yang tersayang,” ujarnya.

Justeru beliau berharap agar operasi ini akan dapat mencapai matlamat yang disasarkan, iaitu melancarkan pergerakan pengguna jalanraya di samping mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di seluruh Sarawak.

Orang ramai juga diminta agar memberi kerjasama dan memaklumkan kepada pihak Polis apabila meninggalkan rumah kediaman di musim perayaan ini, ujarnya.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan