ARTIKEL

Polis keluarkan lakaran wajah suspek kes simbah asid pemain bola

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia semalam mengeluarkan lakaran wajah, suspek yang dipercayai terlibat dalam kes menyimbah asid kepada pemain bola sepak pasukan Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata suspek yang terlibat dalam kes yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei itu, mempunyai ketinggian 165 sentimeter, berusia lingkungan 30 tahun, bertubuh sederhana dan berkulit sawo matang.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat individu berwajah seperti lakaran tersebut, diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Ins M. Jagachandran, di talian 012-684 8166 / 03-2266 6071 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Pada 5 Mei, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat, selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.

Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira 5 petang.– BERNAMA

BERITA LAIN

Ibu Menteri Pendidikan meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Datin Dr Siti Zalikhah Mohd Nor, meninggal dunia pada 9.30 pagi tadi. Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat

Polis lumpuhkan sindiket penipuan guna fail APK

KUALA LUMPUR: Polis berjaya melumpuhkan sindiket penipuan yang menggunakan fail aplikasi APK (android package kit) ekoran penahanan dua lelaki tempatan dalam serbuan di Pulau Pinang

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat