ARTIKEL

Polis kenal pasti identiti mayat terapung di celah feri Sungai Batang Igan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Polis sudah mengenalpasti identiti mayat yang ditemui terapung di celah-celah dua feri di Sungai Batang Igan, semalam (Selasa).

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan hari ini berkata, mayat tersebut merupakan lelaki berusia lingkungan 40-an dan mempunyai masalah mental.

“Pengecaman si mati telah dibuat oleh seorang wanita warga Indonesia dan mengesahkan si mati merupakan suaminya berdasarkan pengecaman tatu di lengan kanan dan berseluar pendek warna biru yang digunakan oleh si mati semasa kali terakhir dilihat tiga hari lalu sebelum mayat dijumpai.

“Isteri si mati juga turut memaklumkan suaminya mempunyai masalah mental,” ujarnya.

Terdahulu, katanya pihak polis telah menerima maklumat dari orang awam berkenaan dengan penemuan mayat tersebut berdekatan dengan sebuah limbungan kapal di Jalan Sungai Maaw di sini pada jam 8.15 pagi semalam (Selasa).

Ketika ditemui mayat berkenaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek berwarna biru dengan keadaan terapung yang tersangkut di celah feri.

“Hasil pemeriksaan lanjut pihak polis terhadap si mati mendapati tiada kesan kecederaan luaran dan tiada unsur jenayah.

“Proses bedah siasat akan dijalankan pada 30 November ini pada jam 9 pagi dan kes diklafikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR),” kata beliau.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta