ARTIKEL

TULAR… Tangkapan layar rakaman video pergaduhan yang tular di Facebook malam tadi.

Polis kesan individu terlibat video tular adik-beradik bergaduh di Jalan Batu Kawa-Matang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PADAWAN: Polis membuka kertas siasatan berhubung satu kes video tular pergaduhan dua adik-beradik di hadapan sebuah premis Jalan Batu Kawa-Matang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 10.06 malam.

“Menurut laporan pengadu berusia pertengahan 30-an, insiden dalam video tersebut melibatkan pergaduhan antara adik-beradik yang disertai rakan masing-masing.

Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad

“Pengadu hanya mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh semasa melarikan diri dan dirawat sebagai pesakit luar di perubatan swasta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu kata Abang Zainal, kes kini disiasat di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh.

Ujarnua, jika sabit kesalahan membawa kepada hukuman pemenjaraan selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Beberapa orang suspek telah dikenal pasti dan satu operasi iaitu Op Cantas telah dilancarkan untuk menangkap kesemua suspek yang terlibat,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar melaporkan sebarang perbuatan jenayah yang berlaku supaya tindakan siasatan dapat dijalankan segera berbanding menularkan sesuatu insiden tersebut ke dalam media sosial. 

Pada masa sama, individu yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini dialu-alukan untuk tampil bagi membantu siasatan.

Terdahulu, polis mengesan satu hantaran video yang dimuat naik oleh seorang pengguna akaun Facebook yang memaparkan dua rakaman video. 

Dalam video pertama menujukkan sebuah kenderaan dipandu laju manakala video kedua seakan-akan insiden pergaduhan beberapa orang individu yang dilihat dari jarak jauh.  

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap