ARTIKEL

Polis kesan remaja perempuan hilang sejak Isnin lepas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Petaling Jaya, Selangor sejak Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata remaja berkenaan, Norhawani Mohd Azwan Abdullah, 16, dilihat kali terakhir di rumahnya di Blok 3, Jalan PJS 8/14, Bandar Sunway, pada 6 petang.

“Keluarga remaja berkenaan telah membuat laporan polis berkaitan kehilangannya pada 11.15 malam Selasa lepas,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohamad Fakhrudin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Norhawani supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.- BERNAMA

BERITA LAIN

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa

BERITA TERBARU