Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Polis Marin rampas lebih 100 batang kayu balak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Anggota PPMW5 Bintulu memeriksa balak dalam Ops Landai di Jalan Pesisir Bintulu- Bakun.

BINTULU: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Bintulu merampas sejumlah kayu balak yang disyaki ditebang secara haram dalam dua tangkapan berasingan di Jalan Pesisir Bintulu-Bakun, Jumaat lalu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah Bintulu Asisten Komisioner Ezuandi Bahadin berkata, nilai rampasan pertama dianggarkan berjumlah RM15,250 manakala tangkapan kedua pula bernilai RM14,750.

“Dalam operasi pertama, sebanyak 61 kayu balak pelbagai saiz dan jenis dirampas. Turut ditahan seorang lelaki tempatan berumur 49 tahun yang juga merupakan pemandu lori treler balak.

“Lanjutan daripada tangkapan itu, sebuah lagi lori treler ditahan dan pemeriksaan lanjut menemui 59 kayu batang balak pelbagai jenis dan saiz,” katanya.

Ujarnya, serbuan dilakukan dalam Op Landai itu dilakukan hasil risikan anggota Unit Rondaan Marin (URM) bagi membanteras kegiatan pembalakan haram di Sarawak.

“Pemeriksaan terhadap semua balak berkenaan mendapati ia menyalahi Ordinan Perhutanan Sarawak 2015 kerana tidak memiliki cop rasmi Jabatan Hutan Sarawak dan dipercayai ditebang secara haram,” jelasnya.

Ezuandi berkata, semua balak yang dirampas itu diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak Bahagian Bintulu untuk tindakan lanjut.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru