ARTIKEL

Polis Marin Sibu rampas 16,000 liter diesel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPMW5) Sibu telah menahan seorang lelaki tempatan kerana membawa muatan minyak diesel tanpa dokumen sah, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataannya berkata, suspek ditahan dalam Op Taring Kontraban yang dijalankan pada jam 10 pagi di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce.

“Sepasukan anggota operasi telah menahan dan memeriksa sebuah lori tangki minyak berwarna putih kelabu dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan tersebut.

“Hasil pemeriksaan lelaki berusia 36 tahun itu membawa muatan minyak diesel sekitar 16,000 liter tanpa sebarang dokumen yang sah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkipli memberitahu, rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM231,200.

Jelasnya lagi, kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Bahagian Sibu untuk tindakan lanjut.

“Kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU