KUCHING: Polis masih menyiasat punca seorang pelajar terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah di Petra Jaya pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan sekitar jam 7.00 pagi.
Katanya, mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) menggunakan ambulans yang tiba di tempat kejadian.
“Mangsa merupakan seorang pelajar Tingkatan 5 pelajar aliran sains berasal dari Kuching.
“Dia kini masih menerima rawatan di zon merah HUS,” jelas Awang Gani.
Terdahulu, kejadian pagi tadi dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 pagi ketika pelajar tersebut berada berhampiran bilik darjahnya.
Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 yang mengambil peperiksaan bagi tahun 2020.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my